GAMBARAN SEBUAH PERJUANGAN
Oleh: irzaimi
Lama rasanya tidak menulis
untuk laman laman reformasi dan wildan egroups , Alhamdulilah dah baca
email dari sahabat sahabat yang ternanti nantikan khabar dari saya, dan
inyallah jika ada lagi masa terluang saya akan terus menulis, buat masa ini, masa
terlalu cemburu untuk saya kongsikan bersama pandangan dan ulasan sesama bersama
antum semua, didalam pusingan akhir ini, kami di www.webreformis.com terpaksa
berkerja 24 jam sehari untuk menyalurkan maklumat pada semua reformis dimalaysia,
apatah lagi dengan siri pembongkaran salah laku pemimpin dan juak juaknya, yang
ada berkotak ini, terpaksa kami taip semula, sunting sebelum di uploadkan untuk
tujuan update laman.
Sesungguhnya perjuangan ini bukan semudah yang
diimpikan, kita terpaksa menumpuh ujian demi ujian, cbaran dan rintangan terus
kami tempuh dengan doa dan harapan tidak putus putus pada ilahi.
Namun untuk berundur tidak sekali, nekad kami di
webreformis, sekali berjuang kami akan terus berjuang sehingga Mahathir kita semua
rakyat Malaysia gulingkan.
Kami ucapkan ribuan terima kasih pada sahabat kami
webmaster mindarakyat dan tranung yang membantu kami yang masih baru didalam alam
cyber ini. Hanya allah yang akan membalas budi baik, nasihat dan tunjuk ajar
kalian.
Ujian sebuah perjuangan
Apabila saudara Lokman Noor
Adam membalas email dari kami dan memohon agar kami tidak turut serta bersama
beberapa lagi laman web yang membantah rayuan suqiu, kami nyatakan pendirian kami,
yang kami juga masih menunggu arahan dari pimpinan dalam soal itu, bagi kami apa
yang terjadi berkemungkinan salah faham berhubung isu suqiu.
Kami juga dinasihati oleh seorang yang mengelarkan
dirinya reformis tulen tentang apa yang dikatakan hak keistimewaan melayu, terima
kasih kepada beliau dan saudara Lokman yang berterusan berhubung dengan kami sama
ada melalui telefon atau email.
Penangkapan pemimpin saudara Tien Chua dan saudara
Roslan bersama sama dengan 4 lagi petugas pilihanraya Lunas menambahkan hangatnya
bara kemarahannya tersimpan sekian lama ini, kami berjanji akan membalas
penangkapan pemimpin dan petugas Keadilan itu dengan membongkarkan lebih banyak
lagi salahlaku dan peyelewengan UMNO dan para juaknya.
Kami yang bertugas secara berkumpulan di webreformis
(http://www.webreformis.com) berjanji akan mengemaskini laman kami setiap jam
sehari. Kami mengalu alukan sumbangan ertikel dari penulis penulis lain, juga
dari webmaster laman laman lain untuk kami salurkan terus kepada para nettets.
Bagi kami dipusingan akhir ini, maklumat perlu segera
disebarkan supaya rakyat faham percaturan jahat UMNO bersama para juaknya juga
kenyataan, arahan dan teguran dari pimpinan kita.
Sumpah kami kepada rakyat
Malaysia dan DSAI yang kami akan terus berjuang dari cermin kaca ini, untuk
melihat Malaysia, bumi yang kami dilahirkan ini kembali bebas dari kekuasaan
diktator kejam Mahathir. Mimpi kami adalah melihat Malaysia kembali dihormati
dunia antarabangsa, soal rasuah dan salah guna kuasa, ketelusan dari segi ekonomi
dan pengurusan wang rakyat, soal kebajikan rakyat marhean, soal pendidikan anak
watan dan banyak lagi soal lain yang semua itu perlukan reformasi.
Pada DSAI, pejuang dan tokoh ulung reformasi yang
dipecat, dibelasah, dipenjara dan sekarang menderita sakit tulang belakang
hanya kerana tidak mahu bersekongkol dengan pemimpin negara dalam soal soal yang
melibatkan peyalahgunaan kuasa, tidak mahu duduk semeja menghabiskan ribuan juta
wang rakyat untuk 2, 3 projek mega yang hanya dinikmati oleh dua tiga kerat
manusia, kami bersumpah akan membebaskan saudara selewat lewatnya November tahun
hadapan, dengan apa cara dan keadah yang kami tahu dan pelajari, sehingga bagi
kami sama akan selepas November tahun depan kita perjuang reformasi menang dalam
ertikata gulingkan Mahathir atau kami akan menempuh jalan yang dirintis oleh
para nabi, sahabat dan tabiin di dalam perjuangan mereka iaitu GUGUR SYAHID
membela kebenaran yang dijunjung.
Yang kami pohon
Hanyalah
doa dan harapan kepada Allah agar kuatkan semangat kami, andai kami diuji maka
ringankanlah ujian atas kami, istiqamahkan kami di dalam perjuangan ini. Berikan
kami nikmat kesihatan dan kelapangan agar mudah kami berjuang. Dorongan
dan sokongan dari para sahabat yang juga cintakan kebenaran dan impikan perubahan
seperti kami. SEKIAN
Reformasi kearah Malaysia yang lebih adil
ayat@freeanwar.com www.webreformis.com
|